Tuesday, 2 June 2009

C.I.N.T.A

Cinta & Bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti
seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang,
awak nengok bas tu dan awak kata
pada diri awak,"Eee…penuhnya…
tak de tempat duduk.." Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu
dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,
"Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa.
Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.
" Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu
dan awak bercadang untuk
tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.
Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan
tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm…. tak de air-cond… cuaca pulak panas.
Lebih baik saya tunggu bas yg lain.
" Dan sekali lagi awak biarkan bas tu
berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung
dan baru awak perasan yg awak pula
dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan
terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas
itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa…
awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak
dah membazir banyak masa dan wang
untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas
yang berair- cond, adakah awak dpt pastikan
bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan
atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak,
apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng
dan turun daripada bas tu.
Tapi… saya pasti awak semua tentu

ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak
sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan),
awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat taknampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha…. Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu,
apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali,

awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,sama ada
awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya
terpulang pada diri awak.
Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya


cuba melarikan diri daripada cinta……………………………hargailah org yang menyayangi kita..kerana mungkin kita tidak akan bertemu dengan org yg menyayangi kita dengan sepenuh hati dan seikhlasnya….hanya org yg betul2 bertuah yg akan mendapat peluang utk kali kedua…

No comments:

Post a Comment