Tuesday, 26 May 2009

hayaTilaH


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya…
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…
Kerana dia akan TERLUKA
oleh kenangan bersamamu dan mungkin
TIDAK dapat MELUPAKAN
segalanya selagi dia mengingatmu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada…jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begituteguh…cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
Akhirnya ia dibuang…
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapatdipergunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang…
TERIMALAH seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukanmudah bagi kamu untuk menerimanya…
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya…

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hinggake akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan MENYESAL

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pastimembawa KEBAIKAN kepada dirimu…
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL


“WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHANDENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DANUPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITAMEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANGPASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DANMENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!”


Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,makaselidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum denganperkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Qur’an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

No comments:

Post a Comment